Saturday, 15 June 2013

Hak Terpelihara

                                          
                                             Hello & Assalamualaikum

Pagi nie tetiba nak buat tutorial dekat hampa semua. Walaupun dah banyak blog yang membuatnya, tak salahkan ceq nak kongsi dengan hampa semua.. hehhe.. Ok siapa suka gambar dan hasil taipannya di ciplak oleh mereka yang tidak bertanggungjawabkan.. (Please angkat tangan kepada mereka yang suka). Haku taklah berapa kisah sangat hampa-hampa yang nak copy ayat-ayat nie, tapi gambar sangat bahaya kalau kita membiarkan mereka-mereka ni copy. Takut di salah gunakan. So, sebelum terlambat apa kata kita ambil langkah berjaga-jaga... 
Before nie pun dekat old blog(Tapi telah di delete) pun ada buat benda nie. 

LANGKAH-LANGKAH 

1) Click Layout 
2) Click Add Gadjet 
3) Click HTML / JAVASCRIPT 
4) korang click dekat link ok (http://haniserry.blogspot.com/) dan korang boleh cari ayat " "ops, sorry tak boleh copy. TQ !!"; gantikan dengan ayat korang suka.. :) 


Selain itu, korang jugak boleh laa register myfreecopy. Ni haku dah kasi link dekat hampa, click je ok.. http://myfreecopyright.com/register

LANGKAH-LANGKAH 

1) Isi form tersebut, macam dalam figure di bawah





2) Lepas dah isi form and click I agree korang click Protect my Creation Now.And nanti korang akan dapat nie. 





3) Please check dekat inbox email korang.  Dalam email tu dia kasi 3 step. Ok nie step lepas hampa semua siap daftar semua bagai..

i) Nanti ada link, korang just click dekat situ jew.
ii) Click Protect My Creation 
iii) korang semua di minta memilih Jenis copyright. So pilih lah no. 2 nie macam dalam figure di bawah nie



iii)Pada feed URL, korang masukan URL rss blog korang. Macam haku punya http://iniakuhansz.blogspot.com/. So, URL rss aku ialah http://iniakuhansz.blogspot.com/rss.xml. Click protect 

And lastly, jangan lupa letak banner myfreecopyright tu. Supaya pihak pengcopy lebih berhati-hati. So, SESIAPA YANG COPY TANPA IZIN myfreecopyright AKAN SEGERA MEMBERI TAHU MELALUI EMAIL.. 


~~ Thanks for reading~

~Dari jiwa yang bercelaru tapi ikhlas berkongsi ilmu dengan anda~






Wednesday, 12 June 2013

: Dahulu Vs Kini:

                                          Hello & Assalamualaikum..
              Hi my dear blog.. Wah gitu, macam ala-ala tulis dalam 
                                      dairy kan..Gedixx.. hoho..
                                            
Macam lama tak update entry nie kn.. Its's ok bukan yang ramai nak berkunjung pun my entry.. Aku buat blog nie pun just for fun. (At least, bila orang tanya,"ko ada blog" aku bolah laa cakap, ada and tak nak laa orang cakap aku "outdated"and bila bercakap pasal nie tak ada terlopong sebab tak tahu)
 Lagi pun aku minat menulis, tapi memandangkan tulisan aku nie sangat cantik,(I mean, buruk laa kan) so saje buat blog nie.

Alhamdullah, dah nak masuk setahun menamatkan zaman belajar. Ok now sangat miss dengan kekawan di kolej dulu. Semua sudah mengikut langkah masing-masing, ada continue further study (Degree) and then ada yang kerja. Macam aku rezaki mungkin tak ada nak cont. study, so now kerja laa untuk menyara hidup dan mencari sesuap nasi. Rejeki masing-masing.. "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan"
But, bersyukur kepada Allah SWT sebab memberi aku peluang untuk bekerja. 

Ok, dalam terasa rindu dengan kekawan selamat dunia nie tanpa sempadan and then dapat khabar berita pun dengan cepat dan pantas jika dibanding dulu dan kini. Memang banyak sangat bedanya.. Dulu zaman-zaman sekolah, kalau rindu kawan selalu jugak laa main-main pos surat. Lepas main surat, massage pulak. But now, semua orang dah guna phone yang canggih manggihkan. Nak dikatakan semua ada application talk, Free je ok!! But must have the line internet only, kita boleh berbual dengan free.. Dah tak payah pi beratuq panjang-panjang dekat pejabat pos untuk beli setem.. 




Surat-surat daripada my BFF. I still keep ok. Jaga dengan rapi tau semua kenangan.



U all mesti dah familiarkan dengan semua nie.



Sesangat berterima kasih kepada sang pencipta semua ini. Sekurang-kurangnya dapat menghubungi orang tersayang especially family dengan mudah tidak kira masa.




~~::Thanks for reading::~~

Friday, 10 May 2013

::Makan-makan Part I::


Assalammualaikum.. 

Wah lama sangat tak mengupdate entry blog nie. Ok now, nak share dengan korang semua mengenai tempat makan yang best. Kepada pengemar keropok lekor, boleh laa pergi ke sini. Tapi ada sedikit kelainan di situ.. Aku nie sanggup turun dari Cyberjaya ke Putrajaya. Ceh, macam jauh jewkan.. haha.. sangat dekat..
Ok kios ni dekat Presint 15 (Presint Diplomatik). Now, kita tengok apa yang lain dari yang lain dekat Keropok Lekor nie yew..



hahha.. Look macam biasa jew kan.. Tapi rasa dia sangat sedap sebab ada black paper.  Perh sangat sedap.. Korang mesti cuba.. Pasti tak menyesal punya.. heheh.. :)





Macam yang aku makan tu small punya bekas. So price dia just RM 2.50 only. Medium RM 5.50 only. 
Kepada yang tidak gemarkan keropok lekor dekat sini pun ada jual BEEF MEATBALL. Harga lebih kurang je kot.. Nak tahu try laa sendiri.. Sos pun pekat, tidak lah cayaq seperti sesetengah kedai tu.. weeeee..



BEEF MEATBALL. Baru jew makan tadi..
yumyumyumm....:)



Ok sekian dari saya. If da terkurang, maaf laa yew.. :)

Peace yoooo



Thursday, 21 February 2013

:: First Impression::

Assalammualaikum kepada semua yang berada di alam maya ini. Sudah lama bah tidak buka blog nie. Alhamdullilah awal tahun nie macam-macam kezutan dan impian dapat. Syukur sesangat kepada Allah S.W.T. 
Ok now aku nak ceritalah apa sangat membuatkan aku ni terruja yang amat sangatkan.. Alhamdullah, now aku dah ada " new friend". "Dia: sangat cute, berwarna kuning, ramai yang menggunakannya sekarang nie, 
sangat pamous sekarang nie.. " Dia" sekarang nie merupakan satu keperluan yang perlu ada especially orang yang kerja macam haku nikan dan hidup sowang-sowang tanpa ada parent dan ahli keluarga yang lain ( Ceh wah, macam mak abah jauh jewkan, walhal setiap sabtu pasti balik) hehehe.. 

Ok pasti semua boleh agak kan kan kan...
Perodua Myvi 1.5 SE 02 Perodua Myvi Special Edition (SE) 1.5  | Price Specification Pictures
ok nie laa sahabat baru saya..




So now dah ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada setiap bulan. Apa yang perlu dibuat adalah, kurangkan shopping, berjimba-jimba. Perbelanjaan perlulah dirancang tidak boleh lagi membeli barang mengikut nafsu semata-semata seperti selama ini yang aku buat.. hahah..
Hope sangat-sangat dapat maintain kan pembayaran..  Before beli pun aku dah berjimat-cermat dan try budget berapa Ratus yang perlu aku spend termasuk duit minyak dan makan. Yang paling penting berapa banyak aku boleh menyimpan dalam ASB tu. Simpanan itu penting untuk masa depan aku dan anak-anak. (ceh wah, kahwin pun belum dah terpikir macam tu, hahha) Tapi tak salah pikir semua tu.. :)

Rely-rely thanks of lot's for my mom dan abah sebab tolong bayarkan down payment. Parent aku bukan senang-senang badak nak bagi macam tu, bila dah kerja agak stabil baru, mak abah kasi. So, aku dah puas hidup susah, berjalan kaki yang sangat jauh, bermandi peluh, berhujan bagai. Sekarang nie, baru terasa ada kemajuan sikit dalam hidup walaupun tak banyak. Syukur kepada-MU.
Sekian ini sahaja dapat dikongsikan bersama. Bukan ingin menunjuk, tapi nak share keterujaan aku apabila dapat "kawan baru" nie..

Thank's for reading. 

 

Monday, 17 December 2012

:: The new place::

Hai you all yang diluar sana.. Today i'm kerja, but curi-curi masa untuk berbloger.. Jangan tiru aksi ini di rumah yew.. hahaha... Now di tempat kerja baru and sesangat mencabar. If kasi kowang sure tak punya pergi tempat like this.. Because, my parent pun berat hati nak lepaskan pergi. Tapi di sebabkan saya nie keras hati + degal, maka terpaksalah parent and yang lain-lain merelakan saya pergi.. :) And saya sebenarnya sememangnya dah tahu environment di sini bagaimana, sebab before this pernah make the practical at here.. Even this place sesangat membosankan, tapi bagi saya everything it's ok bah.. Walaupun nama jew Cyberjaya, tapi sangat pendalaman dan jauh. Sebab saya duduk di Mukim Dengkal, di sebabkan itu laa tidak urban sangat tempatnya. Mall yang ada pun just Carrefour and Tesco. huhu jadi laakan daripada tidak ada. So if nak pergi beli barang ke, dekat sinilah saya akan pergi. Sangat menjimatkan uwang sebab saya ni kaki shopping. Dulu time kerja dekat area KL, if balik kerja pasti dan akan pasti singgah cari tudung or apa-apa sahaja di Masjid India tu. Beg dah macam-macam yang dah dibeli. Sampai omak den senyap tak terkata dengan perangai saya nie. (Nasib laa emak dapat anak macam nie kan, degil tak terkata-kata) wahahahaha..

 Sejak kena hidup sendiri, makin rajin laa memasak dekat ghumah tu untuk hilangkan rasa sunyi di kala malam. Wah gitu pulakan. And badan pun makin membadak laa jawabannya.. wakakkaa... Dapur dirumah pun just guna dapur yang orang bawak pergi picnic tu jew.. Almaklumlah, baru nak hidup,,, #@@@###
Amat-amat bersyukur dapat kerja dekat sini. At least tidaklah tension duduk di tengah bandaw tu kan.. And saya boleh laa saving dalam sebulan RM biarlah rahsia.. Tidak boros macam selalu, and lebih menghargai uwangnya. Sebab bukan lagi daripada PA & MA.Malu nak mintak dari mereka. (Tapi kekadang rembat jugak barang dapur dekat ghumah sebab, weekend jew balik) Sampai di perli oleh abangku.

Angah : Macam tu aku pun nak duduk ghumah sewa.
Saya   :  Senyum (sambil dalam diri, berkecik hati dengan kata-kata beliau)
Emak  : Biarlaa, banyak barang dekat dapur tu, tak habis punya bila di ambil..
Saya   : Tersenyum sampai ke telinga.. 

Sekian untuk entry kali nie. Maaf  tiada picture untuk entry kali ini.. Hahah (dalam hati kowang, " perlu kew ada"?) ZzzzzzzzzzzzzzzzzzZ








Wednesday, 21 November 2012

Pray For Palestin

Assalammualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke blog saya yang tidak seberapa nie. Hati ini begitu sedih apabila banyak nyawa yang terkorban di Palestin. Di facebook banyak gambar-gambar upload. Ya allah sedihnya, begitu kejam bala tentara Israel.

 " Ya allah, ya tuhanku, Kau bebaskanlah mereka dari kekejaman Israel, kuatkanlah semangat serta iman
                              mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa".

Give Freedom for them..





Sunday, 16 September 2012

Hobi oh hobi

Assalammualaikum semua.. Wah sangat bosan malam nie.. Tak tahu nak conteng apa dekat entry kali nie..
Tapi tangan ni dok gatal nak menaip something untuk blog yang tidak seberapa nie laa kan.. Sudah bosan dengan FB,, so blog menjadi sasaran saya kali ni.. 

My hobby  is a reading..  Actually suka membaca novel dari darjah 6. Nie semua angkara terpengaruh dengan rakan sebaya. Uh, selamat tepengaruh dengan hobi yang baik. But time sekolah parent tak lah mengalakkan baca novel. Sebab?? Time tu banyak novel ke arah kedewasaan dan percintaan dalam setiap content. Tak macam sekarang, banyak dah novel untuk remaja-remaja,dan contentnya pulak tidaklah terlalu berat. Serta gaya penulisan lebih menarik untuk  remaja zaman sekarang nie. 
 see here at below for my collection. _^_
Now
*
*
*
*
*
*
*


Koleksi saya yang tidak seberapa..
Dari zaman remaja until now.. 
Majalah remaja yang tinggal dan
masih dalam simpanan.


Tidak memilih novel itu ditulis oleh siapa, asalkan jalan cerita yang menarik dan  gaya penulisan yang cantik.
Tak suka membaca novel yang tulisannya terlalu kecil, sebab sakit mata den nak baca,, hohohoh

Sekian untuk malam nie saja. (Ops, malam ke??? dah pagi laa.. )

Dada..