Monday 17 December 2012

:: The new place::

Hai you all yang diluar sana.. Today i'm kerja, but curi-curi masa untuk berbloger.. Jangan tiru aksi ini di rumah yew.. hahaha... Now di tempat kerja baru and sesangat mencabar. If kasi kowang sure tak punya pergi tempat like this.. Because, my parent pun berat hati nak lepaskan pergi. Tapi di sebabkan saya nie keras hati + degal, maka terpaksalah parent and yang lain-lain merelakan saya pergi.. :) And saya sebenarnya sememangnya dah tahu environment di sini bagaimana, sebab before this pernah make the practical at here.. Even this place sesangat membosankan, tapi bagi saya everything it's ok bah.. Walaupun nama jew Cyberjaya, tapi sangat pendalaman dan jauh. Sebab saya duduk di Mukim Dengkal, di sebabkan itu laa tidak urban sangat tempatnya. Mall yang ada pun just Carrefour and Tesco. huhu jadi laakan daripada tidak ada. So if nak pergi beli barang ke, dekat sinilah saya akan pergi. Sangat menjimatkan uwang sebab saya ni kaki shopping. Dulu time kerja dekat area KL, if balik kerja pasti dan akan pasti singgah cari tudung or apa-apa sahaja di Masjid India tu. Beg dah macam-macam yang dah dibeli. Sampai omak den senyap tak terkata dengan perangai saya nie. (Nasib laa emak dapat anak macam nie kan, degil tak terkata-kata) wahahahaha..

 Sejak kena hidup sendiri, makin rajin laa memasak dekat ghumah tu untuk hilangkan rasa sunyi di kala malam. Wah gitu pulakan. And badan pun makin membadak laa jawabannya.. wakakkaa... Dapur dirumah pun just guna dapur yang orang bawak pergi picnic tu jew.. Almaklumlah, baru nak hidup,,, #@@@###
Amat-amat bersyukur dapat kerja dekat sini. At least tidaklah tension duduk di tengah bandaw tu kan.. And saya boleh laa saving dalam sebulan RM biarlah rahsia.. Tidak boros macam selalu, and lebih menghargai uwangnya. Sebab bukan lagi daripada PA & MA.Malu nak mintak dari mereka. (Tapi kekadang rembat jugak barang dapur dekat ghumah sebab, weekend jew balik) Sampai di perli oleh abangku.

Angah : Macam tu aku pun nak duduk ghumah sewa.
Saya   :  Senyum (sambil dalam diri, berkecik hati dengan kata-kata beliau)
Emak  : Biarlaa, banyak barang dekat dapur tu, tak habis punya bila di ambil..
Saya   : Tersenyum sampai ke telinga.. 

Sekian untuk entry kali nie. Maaf  tiada picture untuk entry kali ini.. Hahah (dalam hati kowang, " perlu kew ada"?) ZzzzzzzzzzzzzzzzzzZ








Wednesday 21 November 2012

Pray For Palestin

Assalammualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke blog saya yang tidak seberapa nie. Hati ini begitu sedih apabila banyak nyawa yang terkorban di Palestin. Di facebook banyak gambar-gambar upload. Ya allah sedihnya, begitu kejam bala tentara Israel.

 " Ya allah, ya tuhanku, Kau bebaskanlah mereka dari kekejaman Israel, kuatkanlah semangat serta iman
                              mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa".

Give Freedom for them..





Sunday 16 September 2012

Hobi oh hobi

Assalammualaikum semua.. Wah sangat bosan malam nie.. Tak tahu nak conteng apa dekat entry kali nie..
Tapi tangan ni dok gatal nak menaip something untuk blog yang tidak seberapa nie laa kan.. Sudah bosan dengan FB,, so blog menjadi sasaran saya kali ni.. 

My hobby  is a reading..  Actually suka membaca novel dari darjah 6. Nie semua angkara terpengaruh dengan rakan sebaya. Uh, selamat tepengaruh dengan hobi yang baik. But time sekolah parent tak lah mengalakkan baca novel. Sebab?? Time tu banyak novel ke arah kedewasaan dan percintaan dalam setiap content. Tak macam sekarang, banyak dah novel untuk remaja-remaja,dan contentnya pulak tidaklah terlalu berat. Serta gaya penulisan lebih menarik untuk  remaja zaman sekarang nie. 
 see here at below for my collection. _^_
Now
*
*
*
*
*
*
*


Koleksi saya yang tidak seberapa..
Dari zaman remaja until now.. 
Majalah remaja yang tinggal dan
masih dalam simpanan.


Tidak memilih novel itu ditulis oleh siapa, asalkan jalan cerita yang menarik dan  gaya penulisan yang cantik.
Tak suka membaca novel yang tulisannya terlalu kecil, sebab sakit mata den nak baca,, hohohoh

Sekian untuk malam nie saja. (Ops, malam ke??? dah pagi laa.. )

Dada..

Thursday 13 September 2012

:: Jarak Bukan Penghalang

Wah malam ni rajin pulak berblog. Almaklumlah si dia (MR. Z) keluar tengok wayang dengan friends dia,, so tinggal laa keseorangan (nie sedih nie, kena tinggal,, wakakak). Actually dah biasa pun. Jarak jauh bukan penghalang buat kami untuk bercinta (ceh wah, ayat saya memang tak boleh blaa).

" Jarak bukan penghalang untuk kami lost communication".
"Jarak bukan penghalang  untuk kami  berlaku curang di antara satu sama lain".

Jarak mengajar kami untuk saling sayang-menyangi, menghargai satu sama lain, berfikir secara matang dan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain. Kepercayaan adalah satu perkara yang paling penting dalam perhubungan jarak jauh. Jangan laa lost contact lansung dengan si dia.. Saya bersyukur, walaupun berjauhan masih berhubung dengan MR. Z, alhamdullilah. Hope dia adalah imamku dan saya pula adalah tulang rusuk kanan dia. Insyallah.. :) 

sekian untuk malam nie... 

Tuesday 11 September 2012

Tutorial # 1 : URL Image

Assalammualaikum.. Hari nie saya tidak kerja.. MC, alasan demam,, heheh.. Tapi tetiba boleh gagahkan diri untuk berblog.. huhuhuhu.. Tetiba boleh and larat laa pulak nak buat benda nie semua. After balik dari klinik,terus online and buka blog saya.. Actually nie first time buat tutorial. Just nak share apa yang saya tahu dengan kowang semua. Pasti kowang semua lagi habat dari saya punya. Almaklumlah budak baru berjinak-jinak dengan blog. :) (walhal dari tahun 2009 lagi, tapi blog lama dah delete. hohohoh)

Tutup sudah mukadimah, kita back to topic.

Step 1 : Login photobucket 

Step 2 : Sign Up
Sign Up


Step 3 : Selepas selesai sign up.Kowang semua boleh laa pergi ke Upload. And upload laa picture kowang semua.

Clik dekat Upload tau.. _^_

Step 4 : Select photo kowang

Select kowang punya picture yew.. :)

Step 5 : Selepas dah Upload, kowang semua save and continued to my album. Macam dalam gambar 
nie.


Save picture kowang yew.. :)

Step 6 : Clik picture yang di upload tadi then nanti keluar kotak link macam nie. And u all copy code 
directly tau. :)

Copy dekat code directly untuk dapatkan URL Image.



Ok sekian tutorial dari tuan tanah yang sedang sakit (Poyoz jew lebih).. 
Selamat mencuba yo kekawan bloger yang masih baru macam saya nie.. _^_

Sunday 9 September 2012

Try (ABM)

Assalammualikum kepada semua,, Happy Sunday semua and selamat berhujung minggu. Hah, buat pertama kalinya tidak keluar rumah untuk seminggu nie apabila dihujung minggu seperti ini. Baikkan saya.. Wah angkat bakul nampak,hish tak malukan..##!!@@ Hehehe.....

Dan masa yang terluang ini apa lagi. Manfaatkanlah untuk update entry.. Hah, back to topic, testing apa?? Mai cek nak habak pi.(Wah tetiba guna loghat utara pulakkan, buruk bebenar teman dengar). Tadi time dalam bilik tetiba nampak benda alah nie..  See at the below please.. Sape yg sudi tengok laa yew ###%%@@





Actually nie buka panduan untuk kursus. Banyak kursus yang dianjurkan oleh ABM (Akademi Binaan Malaysia) yang dianjurkan khas untuk pekerja sedia ada yakni mahir atau tidak mahir serta belia lepasan sekolah. Terdapat enam lokasi ABM iaitu :-
1) ABM Wilayah Tengah (KL)
2) ABM wilayah Selatan (Johor)
3) ABM Wilayah Utara ( Sintok, Kedah)
4) ABM Wilayag Timur ( Terengganu)
5) ABM Sarawak (Kuching)
6) ABM Sabah 

Banyak sangat course yang disediakan oleh pihak ABM untuk memantapkan lagi skill setiap mereka yang beminat. So saya begitu tertarik dan tanpa berlegah-lengah saya terus ke website ni  http://www.cidb.gov.my/elatihan/ s untuk pendaftaran. Dan jangka masa untuk ikuti kursus nie tidak lama sangat. Dalam tempoh 2 minggu untuk belia dan program personal selama 1 minggu sahaja.. So apa tunggu lagi.. Cepat-cepat daftarkan diri anda..( Wah macam pihak ABM  bayar saya jew untuk promote mereka) @####^_^. Tapi apa salahnyakan berkongsi input untuk kowang semua.. Saya dah apply, hope dapat laa.. If tak dapat pun it's ok.. Sebab just testing my luck jew.. :) mana la tahu untung-untung nasib dapat.. Insyallah.. ^_^ @@@%%% bak kata pepatah melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?? wah gitu.. Ok laa sekian dari saya.. :) Peace..


Borang permohonan saya.. ^_^

Saturday 8 September 2012

Adam & Hawa





http://www.perekacerita.com/#
New Edition. Sanggup beli tau. heheh


And kepada  tidak  ada Astro Mustika boleh laa layan cerita nie dekat sini..
Cercuba tekan cover novel tu.. :)
Sekian.









Friday 31 August 2012

Happy Merdeka Day!!!!!

Yeah today is merdeka day. Syukur alhamdulillah negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-55. Thanks kepada pejuang terdahulu yang sangup berkorban demi negara dan tanahair yang tercinta ini.

Now i want to share the sequence about merdake..

:: Ke arah mencapai kemerdekaan

27 Julai 1995 : Pilihanraya Persekutuan Pertama telah diadakan. Antara parti yang terlibat adalah seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara,PAS,Parti buruh untuk merebut 52 buah kerusi yang dipertandingkan.
Namun, UMNO, MIC dan MCA telah bekerjasama membentuk Parti Perikatan. Dan hasilnya mereka berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dan manifestasi perikatan ialah menjanjikan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun.

" Kemerdekaan hanya boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak ansur antara kaum di Tanah Melayu "

1 Ogos 1995 : Tunku Abdul Rahman membentuk kabinet pertama dianggotai oleh 6 orang wakil melayu, 3 wakil cina dan 2 wakil India.Tengku Abdul Rahman merupakan Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.

Selain itu Tengku Abdul Rahman telah dicabar untuk menyelesaikan isu pemberontakan Komunis untuk mendapatkan kemerdekaan. Inggeris berjanji,

"Selagi ancaman Komunis tidak ditangani, kemerdekaan mungkin
 lewat diberikan "


Oleh itu, Tengku menyahut cabaran tersebut dengan membuat diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling bersama Chin Peng yang merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Melaya (PKM) pada tanggal 29 Disember 1996. Hal ini telah mencemaskan pihak Inggeris yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan. Namun pihak PKM masih berdegil untuk membubarkan parti tersebut dan meneruskan penentangan bersenjata dan memberikan kesengsaraan khususnya kepada penduduk luar bandar. Selain itu, tindakan PKM juga menggugat keselamatan serta ekonomi negara.

18 Januari - 6 Februari 1956 : Tungku Abdul Rahman mengetui rombongan merundingkan kemerdekaan Perseketuan Tanah Melayu. Dan rombogan tersebut disertai oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan. Antaranya ialah Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, T.H. Tan dan 
Encik Bahaman Shamsudin. Dan wakil Raja-Raja Melayu pula adalah seperti; Dato' Panglima Bukit Gantang,Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd Seth.

8 Februari 1956 : Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan menetapkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956 : Sekembalinya rombongan kemerdekaan tersebut ke Tanah Melayu, Tengku membuat pengisythiran kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.




21 Mac 1956 : Sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 

Pada 12 Tengah Malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack telah diturunkan di depan bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera Persekutuan Tanah Melayu mengambil alih dan terus berkibar megah. Dan pada keesokannya, Stadium Merdeka bergema dengan laungan merdeka sebanyak 7 kali. Dan akhirnya Tanah Melayu bebas dari cengkaman penjajah.








Wednesday 22 August 2012

Temporary Structure / struktur sementara

Assalammualaikum... Ok hari nie tetiba nak share apa yang saya pernah belajar suatu ketika dahulu semasa di college.. Actually, baru jew habis study.. But result tidak membanggakan dan apa entah lagi nak di senaraikan dalam list dekan.. 
"Jauh panggang dari api"
Tapi saya dah cuba buat yang terbaik,, and semua yang saya belajar itu,, tidak pernah terfikir oleh benak nie nak belajar..
Ok back to topic..Ok apa itu Temporary Structure /  struktur sementara??Struktur sementara ini merupakan struktur sementara yang digunakan untuk tujuan kepada membantu membina sesuatu struktur sesuatu bangunan tu.. Cuba laa kowang di luar sana fikir,, boleh atau tidak sesuatu bangunan tu tidak menggunakan alat bantuan untuk mendirikannya ?? Oleh itu, temporary structure perlu digunakan bagi melancarkan perjalan kerja-kerja pembinaan...
Antara contohnya adalah seperti berikut;-

1) Scaffolding.. Ini sering digunakan. Terdapat pelbagai jenis . Antaranya adalah seperti :-
a) Independent Scaffold
b) Single Pole Scaffold
c) Mobile Tower

Scaffolding atau dalam in the Malay Perancah merupakan sebuah struktur sementara yang direkabentuk untuk tujuan tertentu. Sering digunakan untuk kerja-kerja pembinaan (Construction),atau melaksanakan kerja-kerja di tempat yang tinggi. Jangan terkejut if kowang tengok dekat Hong Kong, scaffolding ini dowang semua menggunakan buluh sahaja.. Now, nak tujukan dekat kowang name component of scaffolding

Ok, nie name component Scaffolding.. Dah siap label yew adik-adik.. heheheh

And time dekat college dulu berpeluang untuk memasang scaffolding ini bersama-sama teman perjuangan.. :).. Wahai kawan-kawan i really miss u this moment.. Buat kerja bangkal together.. All memories i still keep in my heart and also smiley when remember that.. :).. Blog yang lama saya dah delete.. Dalam blog tu banyak kenangan bersama dan cerita mengenai ini.. :) 


Sunday 29 July 2012

:: Why must be grateful

Assalammualaikum semua.. Malam nie da terbaca buku motivasi.. And teringin nak share dengan kowang semua (wah,, macam banyak jewkan ilmu kamu Hanis oii) hahaha.. Ok kita sebagai hamba Allah yang kerdil nie haruslah mempunyai rasa syukur dengan nikmat-nikmat yang telah Dia berikan.. Tapi kekadang tu di hati nie ada juga tidak kepuasaan atas apa yang dapat. And sering merunggut dengan diri sendiri or sapa-sapa yang ada time kita tengah merunggut tu.. Walhal, di luar sana ramai orang yang tidak bernasib baik seperti kita (Actually nasihat untuk diri saya sendiri :) ) Pernah tak kita terfikir oleh bendak yang kita sebenarnya lagi beuntung dari orang diluar sana??? (wah ayat memang tidak boleh blaa) Oleh itu kita haruslah mengubah persepsi minda kita supaya bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita ini.. So, maralah sama-sama kita bermuhasabah diri dalam diri masing-masing termasuk saya yang sering pentingkan diri sendiri kadang-kadang tu.. Saya bersyukur sebab dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang bahagia walaupun tidaklah kaya-raya.. Saya besyukur juga diberikan kawan-kawan yang baik-baik.

 Mari kita hayati berapa beruntungnya kita dilahirkan di sebuah  negara yang aman seperti Malaysia ini.. So sebagai rakyat,, kita perlu memakmurkan lagi negara ini bukannya berpecah-belah dan berpuak-puak.. :) (tetiba laa pulak cerita pasal niekan) Tapi ini adalah salah syukur juga sebab,, dapat tinggal di sebuah negara yang aman tidak seperti sesebuah negara yang sedang bergolak..  
"Peace no war!!"


Kanak-kanak yang terbiar.. Kesian mereka.. Mereka tiada tempat perlindugan
seperti kita bukan??? 



Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memberikan nikmat yang tidak
terhingga kepada saya serta rakan-rakan diluar sana yang senasib
dengan saya.. :)


Negara yang sedang bergolak.. Banyak harta benda yang musnah dan
kanak-kanak, kaum wanita, serta orang tua yang menjadi mangsa kepada
keadaan seperti ini...


Rakyat yang berbilang bangsa di Malaysia.. Dapat menikmati kemakmuran
di negara ini walaupun hidup dalam pelbagai bangsa... I Love Malaysia..
I'm proud menjadi rakyat Malaysia.. Wah gitu..


Ok,, sekian untuk malam nie..  :)

::Cerita Si Penggangur

Assalammualaikum...  

Ok nie laa kerja saya sebagai penggangur... Sampai sekarang belum dapat kerja lagi tau.. Interview dah banyak saya pergi.. Sampai nyaris kena tipu pun ada.. Tapi,, Alhamdullah,, Allah tu maha mengetahui lagi maha berkuasa.. Selamat tidak terjerat.. Allah S.W.T. telah mengirimkan seorang sahabat untuk membantu saya.. Bersyukur keatasNYA.. :) Tapi saya menjadi penggangur nie actually baru nak dekat sebulan.. Before this around 1 months i continued dengan tempat practical.. Just untuk siapkan ISO ( International Organization for Standardization) jew.. ISO nie dalam istilah lain ialah:-

I = INI 
S = SUSAH
O = ORANG 

Perh,, memang penat.. hanya Allah yang tahu.. Tapi,, semua itu saya jadikan sebagai langkah permulaan bak kata patah melayu:

"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudiaan"
Disebabkan ada sistem yang macam tidak berapa nak batul, saya and my friend decide berhenti and wait the calling or offer letter from this company.. At  the same time,, I also find the other work.. But more the company want the male because my courses is construction technology.. So difficult for me because all company  want the experiences worker . Oh,, no,,I don't have any related experienced of work ok.. But I can learn if the company have a person to teach me.. Insyallah dengan iziNYA juga.. :)


Walaupun menggangur dekat rumah,, tapi banyak juga laa saya belajar.. Dari tak pandai masak,, boleh laa sikit-sikit.. heheh.. First lauk yang I masak adalah " Ayam Masak Cili Api".. Sumpah selama nie memang tak  terpikir oleh benak nie nak try masak tu.. Tapi i try the best.. Alhamdullah,, pujian yang di terima.. Thanks for my mum yang puji.. hahah.. Kembang sangat time tu.. wakakak... Tapi air tangan mak memang tak boleh lawan.. Sedap if ibu kita sendiri yang masak,, :)
yam-yam.. macam sodap.. 


"Indah Khabar Dari Rupa"
Ok peribahasa nie memang sesuai kot dengan one company nie.. Saya nie dahlah  penggangur terhormat.. So for easy carilah kerja dekat dalam new paper,,, sebab kekadang tidak semua kerja kosong yang dekat dengan kita,, ada diiklan di dalam job street, mudah.com or apa-apa yang sewaktu dengannya.. So, saya gunakan medium lain untuk cari kerja.. Before nie ada dapat tawaran job, dah siap keluar offer letter. When dah keluar offer letter that mean can start the work.. But, tempat kerja nie dengan rumah sangat jauh.. Gaji tidak berbaloi langsung.. Silap-silap habis gaji dengan ulang-alik ke rumah jew.. And the last, mintak duit dekat PA & MA.. So baik tidak payah.. Ok selesai yang itu,, ada lagi satu nie,, memang "INDAH KHABAR DARI RUPA" betul.. Iklankan dua jawatan kosong,, gaji boleh tahan laa.. Tempat tu pun tidak laa jauh mana pun... So dengan semangat wajarnya,, call and make the appointment for interview.. Wah,, dengan begitu beria-ria, bangun seawal-awalnya dan bersiap.. Walhal appointment pukul 10.00 a.m. Yew laa saya tak nak laa terlambat.. So pergi laa... Dah sampai,, jantung sangat bergegar kencang,, takutnya hanya Allah yang tahu.. Dah sampai masuk and jumpa dengan receptionist dan saya kena fill kan form yang diberi.. After finish,, duduk balik untuk tunggu di panggil oleh penemuduga .. And then,, tetiba hati tergerak untuk call kawan,, and suruh dia search about this company... Wah sangat lambat unutk dia replay message saya.. Might be dia search and line lembab kot.. ok,, saya telah dipanggil untuk interview... Masuk dan muka begitu ceria,, seolah-olah betul-betul berminat dengan kerja tu.. hahha... Dalam-dalam interview tu,, phone pulak berdering-dering,, meronta-ronta untuk dianggakat.. Tapi apakan daya,, tengah interviewkan.. So biarkan jew laa.. Selamat silent... 

Selesai interview.. Tengok phone,, kawan yang call,,, and call dia,, dia crita pasal company tu,,, Dia cakap,, tak ada langsung profile company tu,, but banyak blogger yang bercerita tentang kegiataan company tu.. Syukur Kepada Allah,, kerana tidak di apa-apakan dan selamat daripada ditipu... :)

Sejak dari hari tu,, takut dah nak nak cari kerja dalam new's paper.. And moral of story,, before nak pergi interview tu,, search dulu about company,, dan iklan tu perlulah ada email, no phone, serta nama company.. Because company yang saya pergi tu,, tidak ada langsung nama company,, just name person for contact.. Entah nama betul ke tidak.. Yang peliknya,, semua dalam tu mejoriti orang melayu kita sendiri. Tapi kena masih ada lagi company macam nie.. Duduk dalam bangunan mewah,, tower lagi tau.. Hish-hish tak patut..

Kowang boleh tahu kot tower apa nie.. This is a real tower yang saya pergi..



"Berkat Kesabaran"
Ok dengan berkat kesabaran ini,, Allah berikan juga peluang walaupun just sementara... Tapi tetap bersyukur.. Dan lebih menghargai orang di sekeliling yang tak jemu kasi support.. Thank all of you... :)
Sayang kowang ketat-ketat.. :)





Saturday 28 July 2012

Welcome!!!

Assalammualaikum.......
Ha,,, ape lagi silakan laa jawab bagi yang muslim,, but for the non muslim,, selamat sejahtera untuk kowang yang singgah sebentar di sini.. Wah,, macam lama tak berblog saya nie.. Memang pun.. Before this pernah ada blog.. but saya baru jew delete dalam tahun nie juga..... Tapi blog lame saya tu idak laa famous like Fatin Liyana, Hanis Zalikha or sape-sape yang hebat dalam dunia bloger nie laakan.. Saya hanya insan yang kerdil and just for fun for this.. :)

Actually dengan berblog nie kita dapat membuat sesuatu yang kreative dan mempelajarinya walhal diri saya sendiri tidaklah kreative mana pun,, but i will be try do it to make the creative person.. Wah speaking london nampak.. Hahah,, Hentam jew tu aw.. Kowang buat-buat paham sudah laaa yew.. :P

Sekian untk hari ini.. :)