Friday 31 August 2012

Happy Merdeka Day!!!!!

Yeah today is merdeka day. Syukur alhamdulillah negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-55. Thanks kepada pejuang terdahulu yang sangup berkorban demi negara dan tanahair yang tercinta ini.

Now i want to share the sequence about merdake..

:: Ke arah mencapai kemerdekaan

27 Julai 1995 : Pilihanraya Persekutuan Pertama telah diadakan. Antara parti yang terlibat adalah seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara,PAS,Parti buruh untuk merebut 52 buah kerusi yang dipertandingkan.
Namun, UMNO, MIC dan MCA telah bekerjasama membentuk Parti Perikatan. Dan hasilnya mereka berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dan manifestasi perikatan ialah menjanjikan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun.

" Kemerdekaan hanya boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak ansur antara kaum di Tanah Melayu "

1 Ogos 1995 : Tunku Abdul Rahman membentuk kabinet pertama dianggotai oleh 6 orang wakil melayu, 3 wakil cina dan 2 wakil India.Tengku Abdul Rahman merupakan Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.

Selain itu Tengku Abdul Rahman telah dicabar untuk menyelesaikan isu pemberontakan Komunis untuk mendapatkan kemerdekaan. Inggeris berjanji,

"Selagi ancaman Komunis tidak ditangani, kemerdekaan mungkin
 lewat diberikan "


Oleh itu, Tengku menyahut cabaran tersebut dengan membuat diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling bersama Chin Peng yang merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Melaya (PKM) pada tanggal 29 Disember 1996. Hal ini telah mencemaskan pihak Inggeris yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan. Namun pihak PKM masih berdegil untuk membubarkan parti tersebut dan meneruskan penentangan bersenjata dan memberikan kesengsaraan khususnya kepada penduduk luar bandar. Selain itu, tindakan PKM juga menggugat keselamatan serta ekonomi negara.

18 Januari - 6 Februari 1956 : Tungku Abdul Rahman mengetui rombongan merundingkan kemerdekaan Perseketuan Tanah Melayu. Dan rombogan tersebut disertai oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan. Antaranya ialah Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, T.H. Tan dan 
Encik Bahaman Shamsudin. Dan wakil Raja-Raja Melayu pula adalah seperti; Dato' Panglima Bukit Gantang,Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd Seth.

8 Februari 1956 : Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan menetapkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956 : Sekembalinya rombongan kemerdekaan tersebut ke Tanah Melayu, Tengku membuat pengisythiran kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.




21 Mac 1956 : Sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 

Pada 12 Tengah Malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack telah diturunkan di depan bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera Persekutuan Tanah Melayu mengambil alih dan terus berkibar megah. Dan pada keesokannya, Stadium Merdeka bergema dengan laungan merdeka sebanyak 7 kali. Dan akhirnya Tanah Melayu bebas dari cengkaman penjajah.








No comments :

Post a Comment